
Fitri kini mengajar vokal di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Enfiniti Academy dan bakat beliau dalam menyanyikan lagu asli diwarisi oleh Allahyarham ibunya. Ibunya adalah seorang penyanyi lagu asli semasa mudanya. Justru sejak kecil dia sudah terbiasa dengan lagu asli Berbagai rentak seperti inang, zapin, joget, masri dan ghazal, katanya yang bersedia menjadi artis rakaman jika diberikan tawaran itu.
Cuma kemenangan Fitri pada malam penobatannya tanpa kehadiran insan tersayang karena bapanya kini sedang menunaikan fardu haji di tanah suci Makkah manakala adik beradik yang lain terikat dengan urusan yang tak dapat dielakkan. Baru saja menamatkan pengajiannya dan kini mengajar vokal di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Enfiniti Academy, bakat pemuda berasal dari Perak itu dalam menyanyikan lagu asli diwarisi oleh ibunya.