Dato Haji Fuad Bin Tan Sri Haji Hassan merupakan Ketua Pengarah JASA Malaysia dan bekas ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau mempunyai kelulusan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan bekas ADUN Ulu Klang di bawah tiket UMNO (Barisan Nasional).
Datuk Fuad adalah anak kepada tokoh agama pengajian Al-Qur'an iaitu Tan Sri Haji Hassan Azhari. Beliau adalah anak kedua, abangnya ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan adiknya ialah pelakon Dato' Jalaluddin Hassan. Beliau kini menetap di Ampang Jaya, berhadapan dengan rumah adiknya, Dato' Jalaluddin Hassan. Beliau dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan.
Politik - Beliau menjadi ADUN Hulu Kelang selama dua penggal Pada pilihanraya tahun 1999, beliau telah tewas kepada calon PKR ketika itu ialah Y.B Mohamed Azmin Ali. Pasca politik - Sejak dari kekalahan itu, beliau telah bersara dari arena politik dan kini menumpukan kepada bidang perniagaan. Yang terbaru ialah beliau sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah iaitu Asmara Air Services Sdn. Bhd.
Beliau menjadi Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA Kementerian Penerangan. Pengalaman, kebolehan dan kelulusan yang beliau miliki dikira amat sesuai untuknya menjawat jawatan yang 'besar' dan 'berat' ini dalam membantu memperkukuhkan harapan dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sekarang.
Beliau telah meninggal dunia pada 8 Disember 2014 pada pukul 12.20 pagi di Hospital Kuantan, Pahang akibat serangan jantung ketika hadir di satu program Kementerian Komunikasi & Multimedia yang diadakan di Kijal Kemaman.