Biodata Elena Hani Elias Pramugari Emirates

Biodata Elena Hanin Elias Pramugari Emirates istri Fahrin AhmadFahrin Ahmad Kini Suami Kepada Pramugari Emirates Elena Hani Elias - Fahrin dan Elena pernah menuntut dalam kursus sama di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Elena merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA dan memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam bertauliah di firma guaman Tetuan Cheng & Ariff di Kuala Lumpur selama lima.

Elena yang juga bekas peguam dan kini berkhidmat sebagai pramugari syarikat penerbangan Emirates menerima mas kahwin berjumlah RM80 manakala wang hantaran dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Menyingkap detik perkenalan kedua mempelai ini, Fahrin dan Elena mula berkenalan sejak di zaman universiti lagi. Kemudian mereka bertemu semula setahun lalu.

Mereka tidak mengikat tali pertunangan sebaliknya pada hujung tahun lalu, kedua keluarga mengadakan pertemuan sebagai tanda persefahaman dan merestui hubungan mereka berdua.

Suami adalah Pelakon popular, Fahrin Ahmad selamat diijabkabulkan dengan wanita bernama Elena Hani Elias sebentar tadi. Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang berlangsung bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, kira-kira jam 10.40 pagi tadi.

Akad nikah pasangan itu disempurnakan jurunikah Ustaz Shariman Ali dan disaksikan ibu bapa pengantin lelaki, Ahmad Atil dan isteri, Merbyah Akhwan serta kedua ibu bapa pengantin perempuan, Elias Hashim dan Rohaniah Sayon.

Sejurus itu diadakan acara menyarung cincin di antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Lebih bermakna, hari ini juga merupakan ulang tahun kelahiran hero filem Pilot Cafe ini ke-36 tahun.

Fahrin segak berbaju Melayu teluk belanga berwarna putih manakala Elena pula kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden. Majlis berkenaan diadakan secara sederhana dengan dihadiri ahli keluarga kedua pihak, kenalan artis dan teman rapat pasangan itu.