Hazman Malaysia - Dangdut D Academy Asia

Biografi Profil Biodata Hazman Malaysia - Dangdut D Academy AsiaHazman merupakan peserta Dangdut D Academy Asia dari Malaysia. Hazman wakil untuk Suria records dan salah seorang dari 5 artis yang mewakili Malaysia. Nama aslinya Syed Muhammad Hazman Bin Syed Yusof berasal dari pantai timur Terengganu berusia 25 tahun.

Mengejar impiannya untuk menjadi penyanyi, Hazman nekad berhenti kerja dan meninggalkan kampung halamannya berhijrah ke kota Kuala Lumpur. Semasa dikampung, Hazman banyak mempelajari teknik nyanyian dari guru vocal yang dipanggilnya abang Zaili. Menurut Hazman, guru vocalnya ini banyak membantunya dalam teknik2 nyanyian terutama lagu2 tradisional. Menurutnya juga, jika kita boleh menyanyi lenggok lagu2 tradisional dengan baik.

Biografi Profil Biodata Hazman Malaysia - Dangdut D Academy AsiaNama : Syed Muhammad Hazman Bin Syed Yusof
Tanggal lahir : 15 Agustus 1988
Tinggi : 177 sentimeter dan Berat : 65 kilogram
Agama : Islam Melayu
Pendidikan : Diploma Teknologi Elektronik Komputer ( Politeknik Sultan Azlan Shah )
Pekerjaan : Penyanyi, Model, Juruteknik komputer, Fitters Fabrication Engineer ( Oil and Gas Manpower Sources)
Penyanyi Pavorite : Tan Sri P.Ramlee, Mus May, Awie, M. Shadows ( A7X )
Prestasi : Juara Pencarian Remaja Berbakat Media Hiburan Edisi Youtube, Juara Karaoke Karnival Sukan Extreme Terengganu, Tempat ke-5 Karaoke Klasik FM, Finalis Pujaan Muzik Nescafe, Finalis Bandaraya Idol Terengganu.

Biografi Profil Biodata Hazman Malaysia - Dangdut D Academy AsiaAwal perjalanan seni Hazman melalui beberapa pertandingan menyanyi kecil kecilan di Terengganu. Langkah seterusnya Hazman mencoba beberapa pertandingan lebih besar seperti Karaoke Karnival Sukan Extreme Terengganu (Juara), Karaoke Klasik FM (tempat ke 5), Pujaan Muzik Nescafe (finalis) dan Bandaraya Idol Terengganu (finalis).

Usaha gigih Hazman akhirnya memberi titik mula apabila beliau menyertai pertandingan nyanyian Pencarian Remaja Berbakat melalui youtube anjuran salah sebuah majalah hiburan popular dengan kerjasama syarikat rakaman Suria Records (SRC). Peserta yang menjadi juara atau memenuhi criteria bakal menerima tawaran menjadi artis rakaman SRC yang bertindak sebagai sebagai wakil syarikat rakaman rasmi yang pada pertandingan tersebut. Hazman jadi juara mengalahkan 12 finalis lain dengan lagu dari Fiq berjudul ‘Bukti’. Hazman mendapat tawaran SRC kontrak jadi artis rakaman. Kini Hazman adalah seorang artis solo baru yang berpayung di bawah Suria Records Sdn Bhd.