Lynn Malik penyanyi berusia 26 tahun dari Singapura ini telah memiliki single duet dengan Bayu Kusuma Negara seorang penyanyi dan juga pemain sinetron yang cukup popular menerusi judul Suci dan Tasbih Cinta ini. Single berjudul Keikhlasan Cinta terhasil dan menyaksikan mereka sebagai pasangan duet dan kini menunggu waktu saja jadi populer.
Lyn melahirkan pandangannya untuk tidak statik hanya di negara sendiri. Menerusi lagu ciptaan Ross Revalina itu dia yakin untuk melebarkan sayapnya di negara lain akan tercapai. Visinya wanita muda ini juga mau membawa lagu tersebut ke peringkat lebih luas yang bakal menyaksikan dia dan Bayu lebih jauh tanpa batas bangsa dan bahasa. Menurut Lyn selain bahasa Melayu, dia sudah merancang untuk menyanyikan semula lagu Keikhlasan Cinta ini dalam tiga versi lain yaitu Cina, Hindustan dan Korea.
Di Singapura, lagu ini sudah meraih kelompok peminatnya yang tersendiri dan diterima khalayak ramai. Dari situ dia pasang hasrat untuk menyanyikannya dalam tiga bahasa asing untuk memperkenalkan lagu ini di mata luar. Dia akan berusaha untuk merealisasikannya sekurang-kurangnya pada tahun depan, katanya optimis. Selanjutnya dia tidak menolak bahawa sepanjang menjalani latihan sebelum rakaman lagu tersebut dilakukan, pelbagai kesukaran terutama dari segi batasan bahasa antara dia dan Bayu.
Biarpun serumpun, bahasa Melayu dan bahasa Indonesia banyak perbedaannya dan terkadang menyulitkannya untuk memahami apa yang coba disampaikan oleh Bayu. Berkelakar pun fikir-fikir balik karena dia kalau berbicarra agak cepat dan Bayu tak sempat mendengar apa yang dia ucapkan. Ada perkataan yang dia tak faham sebab dalam bahasa Indonesia maksudnya lain. Beruntunglah Bayu ni suka belajar. Dia usaha belajar sampai dia faham dan sampai sekarang pun dia masih lagi belajar bahasa Melayu terutama dari segi sebutan, begitu juga dengan dia kalau dia tak faham bahasa Indonesia. Untuk projek antarabangsa itu nanti pun mereka akan belajar bersama-sama untuk mendapatkan keserasian ketika berduet kelak.