Osman Zailani adalah aktor Singapura yang meninggal hari selasa 4 juli 2017 pada usia 85 tahun. Haji Osman Zailani bekerja hampir 50 tahun di bisnis pertunjukan dan dikenal sebagai aktor produktif yang senang berperan sebagai penjahat. Osman Zailani (Terbelenggu) pernah mendapat penghargaan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu – Drama Khas (Best Actor in a Supporting Role – Drama Special). Osman Zailani mewarnai industri seni Singapura dan Malaysia menerusi drama-drama dan filem, antaranya Banting (2014), Suratan Kasih (1995) dan Sesejuk Airmata Ibu (1981). - Singapore actor Osman Zailani dies aged 85
Pada tahun 2013, beliau dinobatkan dengan anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam watak Pembantu bagi Drama Khas berjudul Drama terbelenggu, dalam Pesta Perdana 12. Osman Zailani juga antara segelintir pelakon berbakat besar yang berjaya mendapat perhatian penerbit dan pengarah filem antarabangsa, dan pernah berlakon dalam siri drama dan filem Hollywood. Pada tahun 1979, beliau pernah menjayakan watak Ong Lee dalam siri televisyen popular Hawaii Five-O dan juga watak Bob dalam filem Saint Jack. - Pelakon Osman Zailani meninggal dunia pada usia 85 tahun
Pada Jumaat lalu (30 Jun), sumber-sumber yang rapat dengan Allahyarham Osman Zailani memberitahu bahawa pelakon veteran itu sudah terlantar sakit selama 18 hari. Allahyarham dimasukkan ke Hospital Khoo Teck Puat dua hari sebelum Hari Raya (23 Jun). Pelakon veteran Osman Zailani meninggal dunia hari ini (4 Jul) pada usia 85 tahun. Khabar sedih itu disampaikan oleh cucu beliau, penyanyi Hady Mirza, menerusi laman Facebooknya. Begini bunyi tulisan Hady: "Salam semua. Datuk saya sudah kembali ke rahmatullah jam 9.30 malam tadi di KTPH. Mohon sedekahkan al-Fatihah (Mohammad bin Kechut aka Osman Zailani)." Jenazah akan dibawa pulang dari Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) ke kediaman Allahyarham di Yishun. Jenazah dijangka di kebumikan esok. - Veteran Singapore actor Osman Zailani dies