Biodata Nur Fathia Latiff - Pelakon Malaysia

Biografi Profil Biodata Fathia Latiff Video Bigo Live - Typhoon TalimNur Fathia Binti Abdul Latiff yang lahir 1 September 1987 atau lebih dikenali sebagai Fathia Latiff (kadangkala dikreditkan sebagai Nur Fathia atau Fathia) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai "Ummu Hani" di dalam drama Hani bersama dengan Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah Ibrahim, Nurul Elfira Loy dan Esma Daniel, sebagai "Nabila" di dalam drama Nur Kasih dan sebagai "Dewi Yusra" di dalam drama Dia... Isteri Luar Biasa bersama dengan Shukri Yahaya dan Keith Foo. Dan yang paling terkini dalam drama Menanti Februari bersama dengan Zul Ariffin.

Nur Fathia dilahirkan pada 1 September 1987 di Ayer Hitam, Pulau Pinang dan merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Latiff bin Tahir dan Badriyah binte Hassan. Beliau adalah pemegang ijazah dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi lelaki popular, Aiman Hakim Ridza, pelakon utamanya dalam drama bersiri Diandra. Namun, perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.

Biografi Profil Biodata Fathia Latiff Video Bigo Live - Typhoon TalimFathia mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2009 apabila beliau memegang peranan watak pembantu dalam siri drama Nur Kasih bersama-sama dengan pelakon utamanya, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Remy Ishak, di mana beliau memegang watak sebagai Nabila. Pada 2011, beliau berlakon dalam filem Al-Hijab, filem seram arahan Pierre Andre dan diterbitkan oleh Empat Samudera Plantation Sdn Bhd, beliau memegang watak sebagai Qiss, kekasih Rafael (Pierre Andre). Filem ini ditayangkan pada 6 Oktober 2011.

Beliau turut berlakon dalam filem Nasi Lemak 2.0 arahan pengarah kontroversi, Namewee. Dalam filem ini, beliau memegang watak pembantu sebagai isteri kedua kepada seorang nelayan yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki dan ditayangkan di pawagam pada 8 September 2011. Selain itu, beliau memegang watak negatif dalam Bertaut Kasih, beliau sekali lagi bergandingan dengan Ryzal Jaafar dan Fyda Ibrahim (sepupu kepada penyanyi No.1 negara, Siti Nurhaliza).

Biografi Profil Biodata Fathia Latiff Video Bigo Live - Typhoon TalimAntara 2009 hingga 2013, beliau berlakon dalam beberapa drama dan telefilem seperti Bila Musang Berjanggut, Ms. Cinta, Cinta Halal dan Diandra. Pada 2014, beliau memegang watak utama dalam siri drama Ariana Rose, drama yang diadaptasi daripada novel bertajuk The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Pada 2015, filem lakonannya, Darah Panas ditayangkan di pawagam pada Jun 2015 dan diterbitkan oleh White Merpati Entertainment Sdn. Bhd., beliau memegang watak sebagai Syahana.