
Ng Tien Chee Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong maut dalam kemalangan di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga, awal pagi ini. Dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kajang, kejadian kira-kira 12.30 pagi itu, Ng, 40, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Kemalangan dipercayai berpunca apabila kenderaan jenis Nissan x-Trail yang dipandu mangsa melanggar belakang sebuah lori milik syarikat konsesi Lebuhraya Grand Saga, yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan di lebuh raya berkenaan. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.