Wani Kayrie yang lahir 17 Mei 2000 ; 18 tahun dan memiliki nama penuh Syazwani binti Abdullah dari Petaling Jaya, Selangor adalah salah satu peserta wanita di Dangdut Academy Asia 2018 atau DA Asia 4 Indosiar wakil dari negara Malaysia. Wani Kayrie mulai menyanyi sejak berusia 6 tahun dan pernah menjuarai pertandingan realiti Kamilah Bintang Terbitan Astro Ceria. Dia bahkan pernah mengikuti perlombaan bernyanyi di Los Ageles ketika berusia 12 tahun.
Wani mewakili Malaysia ke kompetisi World Championship of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Hollywood, California, AS pada Juli 2018. Dia termasuk di antara 15 yang dipilih untuk mewakili negara dari 30 kontestan yang bersaing untuk keseluruhan tempat. Terakhir, Dia mengikuti program Big Stage di negaranya dan eserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Sissy Iman. Kini Wani Kayrie sedang bertanding untuk Dangdut Academy Asia 4 di Jakarta, Indonesia. Bersamanya ada lima peserta lain dari Malaysia iaitu Sarah Fazny, Tyka Zatyk, Adli Shazwi, Zam Ryzam dan Fauziah Gambus.
Wani Kayrie mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman. Memperoleh 6A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Video muzik single Jangan Jangan nyanyiannya meraih tontonan lebih sejuta di laman Youtube dalam tempoh dua bulan sahaja. Sehingga kini mengumpul lebih 5.1 juta tontonan. Lagu popularnya ialah Berteman Saja, Kumbang dan Bunga (feat Viral) dan Aku Suka Kamu. Dia bercita-cita meneruskan pendidikan dalam jurusan perniagaan. Berkongsi pengalaman indah setelah menjadi penyanyi, “Indahnya, apabila dihargai oleh orang ramai atas bakat yang ada. Memenangi Big Stage antara pengalaman indah dalam diri Wani dan dari situ orang lebih membuka mata pada bakat nyanyian serta kreativiti saya,” ujar Wani Kayrie yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor.
#Lihat pula : Biodata Fauziah Gambus - Peserta DA Asia 4 Malaysia