Fauziah Gambus atau Fauziah Binti Suhaili yang lahir 6 November 1988 (usia 29 tahun) di Bongawan, Malaysia adalah salah satu peserta wanita di D'Academy Asia 4 wakil negara Malaysia. Penyanyi yang berjalan di aliran musik berGenre Pop ini bernaung di Label rekaman Warner Music Malaysia atas album yang dimilikinya yaitu : Hanya Satu dan Fauziah Suhaili Puteri Gambus. Dia adalah satu-satunya wanita yang mampu bermain gambus saat bernyanyi di Sabah, Malaysia. Banyak menjayakan persembahan untuk pelbagai majlis rumah terbuka Aidilfitri seperti Celcom, U Mobile, MOSTI, Karang Kraf, UMNO, dan banyak lagi.
Penyanyi yang sebelumnya bermusik dalam irama tradisional ini terpaksa menukar aliran musiknya kepada lagu-lagu modern menerusi album keduanya agar ia bersesuaian dengan pasaran muzik ketika ini.Bagaimanapun Fauziah atau nama sebenarnya Fauziah Suhaili, tetap memasukan elemen alatan muzik tradisional yaitu gambus dalam setiap lagu ciptaannya itu. Kini Fauziah Gambus sedang bertanding untuk Dangdut Academy Asia 4 di Jakarta, Indonesia. Bersamanya ada lima peserta lain dari Malaysia iaitu Sarah Fazny, Tyka Zatyk, Adli Shazwi, Zam Ryzam dan Wani Kayrie.
Di album kedua dia yang berjudul Hanya Satu memuatkan 11 buah lagu antaranya Kau Curangi Aku, Gilakan Kamu, Hanya Untuk Mu dan Jasa Pejuang. Album tersebut merupakan percubaan pertamanya untuk bersaing dalam pasaran muzik tempatan. Album pertama berjudul Fauziah Gambus hanya diedarkan di Sabah, Sarawak dan Brunei sahaja. Soal prestasinya sangatlah banyak, diantaranya dia mewakili Malaysia dalam menjayakan persembahan kebudayaan di London, Singapura, Jakarta, Riau, Doha, Brunei dan Beijing. Anugerah Selebriti Gambus 2009 daripada Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS). Terpilih Top 5 Anugerah Industri Muzik 2014 Kategori Pop Etnik Terbaik.
Fauziah yang baharu menamatkan pengajian di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) memberitahu akan memperjuangkan alat muzik gambus biarpun mempelajari pelbagai alat muzik lain. Dia kini sudah mempunyai 19 buah gambus yang dibeli di pelbagai negara. Mengimbau kenangan ketika awal-awal mengenali alat muzik ini, Fauziah berkata dia terpaksa belajar sendiri secara sembunyi-sembunyi daripada pengatahuan keluarga. Datuknya yang juga pemain gambus di Sabah tidak membenarkan dia bermain dengan alat tersebut.
#Lihat pula : Biodata Sarah Fazny Peserta D'Academy Asia 4 Malaysia