
Sarah mengakui bukan mudah untuk dirinya mencipta nama sebagai penyanyi dan masih belum boleh berasa selesa dengan apa dicapai ketika ini. Dia lega apabila pihak Indigital Music sedia membantu menguruskan hal ehwal promosi dan kerjaya seninya termasuk bakal melahirkan single keduanya bersama syarikat itu pada masa terdekat ini. Kini Sarah Fazny sedang bertanding untuk Dangdut Academy Asia 4 di Jakarta, Indonesia. Bersamanya ada lima peserta lain dari Malaysia iaitu Fauziah Gambus, Tyka Zatyk, Adli Shazwi, Zam Ryzam dan Wani Kayrie.
Kehidupan Sarah Fazny bersama keluarganya sangatlah sederhana. Sarah bahkan belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki walau ramai yang ingin mendekati. Hal tersebut dikarenakan dia ingin melunaskan tanggungjawab terhadap keluarganya terlebih dahulu. Dia ingin meringankan beban kedua ibu bapanya karena dia dan keluarganya bukan berasal dari keluarga senang dan selain itu ingin membalas jasa mereka yang telah bersusah payah menanggung kehidupan mereka 15 beradik.
Dalam perkembangan lain, Sarah bersama adik-beradiknya turut mengusahakan perniagaan secara atas talian dengan menjual biskut raya yang dihasilkannya sendiri. Perniagaan itu telah menjadi rutin buat mereka dari dahulu lagi bagi mencari pendapatan sampingan sejak dulu demi mencari pendapatan sampingan. Antara biskut raya yang sering ditempah ialah Choc Chip Raya Cookies by Sarah Fazny dan ia boleh dilihat menerusi laman Instagramnya iaitu @sarahfaznyofficial.
#Lihat pula : Biodata Wani Kayrie Peserta DA Asia 4 Malaysia