
Sebelumnyya Azmirul Azman merupakan peserta Mentor 7 sebuah acara reality menyanyi di Malaysia yang diselenggarakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Azmirul merupakan protege kepada Mentor Hafiz Shuib. Azmirul juga membuat persembahan dengan baik dengan menyanyikan lagu "Farhana". Mentor ialah sebuah pertandingan nyanyian berbentuk rancangan televisyen realiti Malaysia yang mengetengahkan perana artis ternama selaku mentor membimbing protégé masing-masing iaitu para peserta pertandingan ini. Mentor yang dimulakan pada tahun 2005 disiarkan di TV3 dan selesai dua musim (2005 dan 2006), dan kembali disiarkan pada tahun 2009 hingga kini (kecuali 2013). Konsep pertandingan Mentor juga berjaya dibawa ke Indonesia lalu diadaptasi menjadi Bintang Cari Bintang di saluran Trans TV. Terdapat juga rancangan bernama TV3 Mentor yang dianjurkan di Ghana oleh TV3 Ghana, sebuah anak syarikat milik Media Prima Berhad yang turut memiliki TV3 di Malaysia, tetapi formatnya berbeza sekali.