Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Binti Mesnun adalah penyanyi berkebangsaan Malaysia yang juga dikenal sebagai Ratu Gelek 45°. Mas Idayu merupakan salah seorang penyanyi ternama yang membawakan dangdut sejak era 1990an, beberapa lagunya yang terkenal diantaranya Cintaku 100%, Senggol-senggolan, Cubit-cubitan. Mas Idayu pernah menyabet dua trofi Anugerah Industri Muzik serta menjuarai acara pencari bakat Mentor (musim 3) pada tahun 2009 dengan penyanyi asuhannya, Black Hanifah. Dia juga menjadi juri tetap program D'Academy Asia yang tayang di Indosiar pada tahun 2015 dan 2016.
Mas Idayu tidak asing lagi di pentas program realiti nyanyian. Popular dengan lagu “Senggol Senggolan Cubit Cubitan”, pemilik nama Mas Idayu binti Mesnun ini mencipta sejarah tersendiri satu-satunya artis yang menjadi mentor sebanyak dua kali bagi program yang popular di TV3. Ratu Gelek 45° ini mula membuka lembarannya di jurnal Mentor saat diberi tanggungjawab sebagai mentor di musim ketiga pada 19 April 2009. Mas Idayu pelantun lagu “Cintaku 100%” ini apabila di pentas Mentor dengan membawa rotan sebagai cara untuk mendidik protegenya hingga penyanyi dangdut ini menggelarkan dirinya ‘Mummy’ di mana dia mengambil pendekatan mendidik protegenya seperti seorang ibu mengajar anaknya. Menurut Mas Idayu, dia mau mengajar dengan cara kampung dan memberitahu jika tidak diajar dengan cara begitu, anak didiknya itu akan menjadi seorang yang manja.
Profil Biodata Mas Idayu :
Nama penuh: Mas Idayu binti Mesnun
Nama komersial: Mas Idayu
Umur: 40-an Asal: Kota Tinggi, Johor
Nama jolokan: Ratu Gelek 45°
Berbekalkan 5 buah album studio Mas Idayu pernah memenangi Album Dangdut Terbaik AIM 1998-2000.
#Lihat pula : Biodata Nur Dayini Asyiqah Putri Mas Idayu
Mas Idayu sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai mentor musim keempat. Ramai bertanggapan penyanyi “Bolehlah Boleh” ini dipilih kerana kontroversi, tapi pihak produksi memberitahu pemilihan Mas Idayu disebabkan komitmen baik yang diberikannya sebelum ini. Perjuangan Mummy menggunakan ‘senjata’ untuk mendidik protegenya namun kali ini bukan rotan tetapi tali pinggang.
Peranan Mas Idayu di pentas Mentor tak terhenti di situ saja kerana penyanyi lagu “Selangit” ini juga menjadi juri jemputan untuk musim seterusnya. Kehadiran Mas Idayu selalu memeriahkan pentas Mentor dengan ‘drama’ yang dilakukannya. Hilai tawa dan suaranya yang nyaring turut menggamatkan program tersebut. Dan kini Mas Idayu dipercaya menjadi komentator wakil dari Malaysia untuk acara D Academy Asia yang tayang di Televisi Indosiar di Indonesia.
#Lihat pula : Biodata Rosalina Musa - Komentator D Academy Asia dari Singapura