Biografi Tan Sri Bakri Omar - Polis Negara Malaysia

Biografi Tan Sri Bakri Omar - Ketua Polis Negara Malaysia MeninggalTan Sri Mohd. Bakri bin Haji Omar (lahir 10 September 1948 - 10 November 2014) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang ketujuh dan berkhidmat dari 6 November 2003 hingga 11 September 2006. Dilahirkan di Manjung, Perak, Bakri memulakan perkhidmatan beliau sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971, dan seperti kebanyakan pegawai lain, telah menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Beliau menjadi Ketua Polis Kedah pada thaun 1996 dan Ketua Polis Kuala Lumpur pada tahun 1997. Kemudian, pada 2002, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Sewaktu Tan Sri Norian Mai bersara pada 5 November 2003, Bakri dilantik sebagai ganti. Seperti kesemua Ketua Polis Negara sebelum ini, Bakri juga merupakan lepasan Kolej Diraja Kajian Pertahanan ("Royal College of Defence Studies"), United Kingdom. Beliau juga mempunyai Sarjana Sastera.

Bekas KPN, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia di Institut Kanser Negara, Putrajaya kira-kira jam 8.45 pagi tadi. Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Mohd Bakri dilahirkan pada 10 September 1948 di Manjung, Perak dan memulakan perkhidmatan sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971. Beliau dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada 5 November 2003 sehingga September 2006 menggantikan Tan Sri Norian Mai.