Datuk Mustapha Maarof Dilahirkan pada 1 Januari 1935 (79 tahun). Berasal dari di Kuala Lumpur. adalah seorang pelakon Malaysia. Beliau pernah mendapat Anugerah Veteran dalam Festival Filem Malaysia ke-10.
Pada 18 Jun 2010, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang mengumumkan Datuk Mustapha Maarof sebagai Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010. Beliau menerima cek bernilai RM30,000 ,selempang, pingat dan sijil Tokoh Perfileman Finas.
Pelakon Datuk Mustapha Maarof atau nama sebenarnya Mustapha Azahari Maarof meninggal dunia kira-kira jam 8.40 pagi tadi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Allahyarham yang berusia 79 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi masalah paru-paru.
Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang bersebelahan pusara isterinya, Roseyatimah. Sebelum ini, pada 25 November lalu Allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami kesukaran bernafas sebelum kemudiannya dipindahkan menjalani rawatan di Wangsa Maju.
Allahyarham Datuk Mustapha Maarof merupakan Hero legenda filem Melayu ketika era Studio Jalan Ampas dan Cathay Keris. Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1935, dan mula berlakon di Cathay Keris Film di Singapura sekitar tahun 1955 dan antara filem terawalnya ialah Hang Tuah sebagai pelakon tambahan.
Selain itu, Allahyarham memegang watak utama di dalam filem Bawang Putih Bawang Merah, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Naga Tasik Chini, Detik 12 Malam, Keris Sempena Riau, Sumpah Pontianak dan banyak lagi. Allahyarham turut berlakon dalam filem 1957 Hati Malaya (2007) dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang pada tahun (2009). Beliau menerima Anugerah Veteran dalam Festival Filem Malaysia ke-10 dan Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010.
Beliau mendirikan rumah tangga Roseyatimah pada tahun 1967 dan dikurniakan tiga anak iaitu Azlynna, Mohamad Rezainuddin dan Mohammed Khairuddin, namun Mohammed Khairuddin meninggal dunia akibat denggi ketika berusia tiga tahun. Pada 14 Disember 1987, Roseyatimah meninggal dunia.
Seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini, pada pukul 8.40 pagi tadi. Mustapha, 79, atau nama sebenarnya Mustapha Azahari Maarof menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas hampir dua minggu dirawat berikutan komplikasi paru-paru.
Menurut anak perempuan Allahyarham, Ezlyana Mustapha, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Sentul sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang yang dijangka selepas Zohor. "Sewaktu bapa saya menghembuskan nafas terakhir, semua anak-anak dan ahli keluarga terdekat ada bersama," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini Allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November lepas kerana mengalami kesukaran bernafas sebelum dipindahkan menjalani rawatan di Wangsa Maju pada 2 Disember lepas. Allahyarham dilahirkan pada 1 Jan 1935 di Tanjung Galau, Seri Menanti Negeri Sembilan, meninggalkan dua anak iaitu Ezlyana dan Mohamad Rizaimuddin.