Wak Doyok atau nama sebenarnya Muhammad Azwan personaliti berusia 34 tahun Kelibat personaliti media dan ikon tatarias lelaki, pada perhimpunan agung Pemuda Umno hari ini mencuri perhatian sebilangan perwakilan. Ditemui Malaysiakini di kafe Riverside PWTC, Wak Doyok berkata beliau hadir sebagai untuk mendengar secara langsung ucapan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Beliau yang baru sahaja menjadi ahli Umno cawangan Taman Tun Dr Ismail itu mengaku hadir atas jemputan pengerusi biro media baru Pemuda Umno, Ibdillah Ishak. Beliau juga secara terbuka berharap agar golongan muda kembali berminat menyertai Umno. Ditanya jika kehadirannya akan mencetuskan kontroversi di kalangan peminatnya, Wak Doyok menjelaskan yang beliau adalah "hak masyarakat," dan turut memenuhi jemputan parti lain yang berminat mendapatkan khidmat nasihat tata rias lelaki darinya. "Saya ada juga parti-parti lain panggil. Saya hak masyarakat. Mereka perlukan saya, saya bantu.
Sudah lama kedengaran cerita kononnya ada 'sesuatu' di antara aktres genit, Elfira Loy dengan Wak Doyok. Siapa Wak Doyok? Cerita ini barangkali akan memberi promosi kepada jejaka berkenaan yang cukup terkenal di laman Instagram. Semalam Elfira ada memuat naik gambar secara rambang dan tertera perkataan If I Stay. Selang beberapa minit kemudian, Wak Doyok pula memuat naik gambarnya berserta keterangan gambar mahu mengucapkan selamat malam kepada puterinya. Di hujung ucapan itu, turut tertera tulisan If I Stay seperti mana yang ditulis Elfira. Kemunculan jejaka ini pernah menjadi perbualan apabila tampil dengan imej berkumis dan jambang yang unik berbeza dengan mana-mana selebriti lelaki di tanah air. Bahkan fesyen yang dibawanya pernah dianggap pelik dan mengarut oleh segelintir ‘hatters’ di negara ini. Pernah dicemuh, dihina dan dimaki di awal penglibatannya dalam industri bukan bererti anak kelahiran Klang, Selangor ini patah semangat untuk menggapai impian. Sebaliknya, apa yang dilalui memberikan seribu satu makna kepada empunya nama Tengku Muhammad Azwan Shah ini.
Bicara anak muda yang lebih dikenali sebagai Wak Doyok yang mempunyai sisi peribadi kelakar dalam diri ini, kritikan dan kutukan menjadikan dia lebih dikenali. Mengakui dirinya bukanlah seorang selebriti tetapi lebih kepada populariti, dia berbangga kerana semakin mendapat perhatian di dalam industri seni. Dalam pada itu, penampilan istimewa menerusi drama bersiri Jodoh 2 dan program pendidikan Kelas 601 bersama pelakon Elfira Loy sedikit sebanyak membuka mata segelintir peminat seni akan penglibatannya dalam bidang ini. Meskipun lebih dikenali dalam bidang fesyen, namun pemilik jenama The Garment ini tidak pernah menolak untuk menceburi bidang lakonan. Baginya, tidak salah mencuba selagi industri memerlukan khidmatnya sebagai anak seni. Hos Bikin Panas ini turut memberitahu dia selesa bekerjasama dengan pengarah sitcom tersebut, Azizi Chunk, yang banyak memberi bimbingan dalam lakonan. Dia pengarah yang sangat terbuka. Dia banyak memberi ruang untuk saya mencipta karakter tersendiri.
Ikon fesyen terkenal yang gemar memberi motivasi mengenai fesyen kepada golongan muda - Menjadi impiannya untuk bergelar ikon fesyen terkenal kepada golongan remaja dan belia. Kata graduan bidang kejuruteraan dari salah sebuah universiti di Jerman ini, hidupnya yang banyak dihabiskan untuk fesyen mendorongnya memberi pendedahan kepada remaja di Malaysia untuk berpakaian dengan cara yang betul. Menurut Wak Doyok lagi, dia mahu mengubah persepsi orang ramai mengenai sesetengah fesyen yang dianggap pelik dan merimaskan. Sedikit mengenai perkembangan terbarunya, Wak Doyok baru sahaja selesai menjalani penggambaran program masakan Bikin Panas yang akan disiarkan di TV9. Selain itu, dia juga akan terlibat dalam sebuah filem baru di bawah arahan Azizi Chunk. Wak Doyok juga sedang sibuk menguruskan kafe barunya yang bakal beroperasi September nanti.
#Lihat pula : Biodata Siti Nurhaliza - Artis Penyanyi Malaysia