Fitri Hiswady Malaysia Dangdut Academy Asia

Biografi Profil Biodata Fitri Hiswady Malaysia - Dangdut Academy AsiaFitri Hiswady Hasan Nordin adalah pemenang Pertandingan Bintang Asli Kebangsaan 2014 dan membawa pulang hadiah RM10,000 beserta Piala Pusingan, piala iringan dan sijil. Sebanyak 12 peserta bersaing, enam daripadanya peserta lelaki dan selebihnya peserta wanita. Secara keseluruhan Fitri membawa pulang uang kemenangan RM12,000.

Fitri kini mengajar vokal di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Enfiniti Academy dan bakat beliau dalam menyanyikan lagu asli diwarisi oleh Allahyarham ibunya. Ibunya adalah seorang penyanyi lagu asli semasa mudanya. Justru sejak kecil dia sudah terbiasa dengan lagu asli Berbagai rentak seperti inang, zapin, joget, masri dan ghazal, katanya yang bersedia menjadi artis rakaman jika diberikan tawaran itu.

Biografi Profil Biodata Fitri Hiswady Malaysia - Dangdut Academy AsiaPemegang Ijazah Fakulti Muzik ASWARA, Fitri Hiswady Hasan Nordin yang bergaya pada malam kemuncak Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan (BARK) 2014 yang disiarkan secara langsung di TV2, dinobatkan sebagai Johan kategori lelaki selain diumumkan pemenang kategori Persembahan serta Vokal Terbaik. Fitri membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM12,000 berserta piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Cuma kemenangan Fitri pada malam penobatannya tanpa kehadiran insan tersayang karena bapanya kini sedang menunaikan fardu haji di tanah suci Makkah manakala adik beradik yang lain terikat dengan urusan yang tak dapat dielakkan. Baru saja menamatkan pengajiannya dan kini mengajar vokal di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Enfiniti Academy, bakat pemuda berasal dari Perak itu dalam menyanyikan lagu asli diwarisi oleh ibunya.