Biodata Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin

Biografi Profil Biodata Fattah Amin dan Nur Fazura SharifuddinFattah Amin (lahir Abdul Fattah Bin Mohd Amin, 14 September 1990) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran menerusi peranan sebagai watak utama sebagai dalam drama Playboy Itu Suami Aku sebagai Raja Adrian Benjamin. Beliau juga dikenali menerusi watak Inspektor Haikal dalam Gerak Khas, Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr. Pilot dan Tengku Ian Uzzam dalam Hero Seorang Cinderella.

Biografi Profil Biodata Fattah Amin dan Nur Fazura SharifuddinNur Fazura yang bernama lengkap Nur Fazura Sharifuddin (lahir di Pekan, Pahang, 27 September 1983; umur 34 tahun), merupakan pemeran asal Malaysia. Reputasinya sebagai seorang pemeran pernah dicoreng oleh seorang ibu rumah tangga, yang menuduhnya telah mencelakakan ibu tersebut di sebuah kelab bernama Luna Bar. Wanita tersebut menuduhnya telah menjalin hubungan dengan suaminya namun pada akhirnya tuduhan tersebut tidak benar.

Setelah beberapa spekulasi cubaan menepis dakwaan kononnya mereka bernikah sebelum mengerjakan umrah pada minggu lepas akhirnya telah terjawab apabila pasangan Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Bin Mohd Amin, 27 dan Nur Fazura Sharifuddin 34, mengesahkan mereka telah bertunang pada tarikh 13 November 2017 sebelum mereka mengerjakan umrah. “Pada 13 November keluarga saya telah menghantar rombongan merisik dan seterusnya bertunang di rumah Fazura sebelum mengerjakan umrah,” kata Fattah yang turut ditemani Fazura di majlis sidang media di Royale Chulan, Kuala Lumpur.