
Peserta berasal dari Singapura, Rahila kecewa dan sedih apabila diumumkan tersingkir pada minggu ke tujuh program realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016), malam Ahad lalu.Rahila atau nama sebenarnya Nurul Rahila Rashun, 20, berkata, perasaan tersebut timbul kerana gagal memenuhi harapan keluarga yang banyak berkorban untuk dia menyertai program realiti tersebut.Tersingkir pada peringkat separuh akhir, Nurul Rahila Rashun perlu membayar ganti rugi kepada sebuah hospital karena membuat keputusan berhenti kerja sebagai jururawat.

"Kecewa rasanya kerana single ciptaan Hang Nadim sudah siap dirakamkan, namun mungkin keutamaan diberikan kepada pemenang. Harapnya lagu yang diciptakan untuk saya itu tidak akan disia-siakan," katanya kepada BH Online. Beliau menegaskan, enggan menjadikan tubuh gempal sebagai penghalang untuk bergerak aktif dalam bidang seni. Rahila tidak teragak-agak menurunkan berat badan sekiranya aspek itu menjadi antara tuntutan untuk menjadi penyanyi. Saya turun sebanyak tiga kilogram ketika mula-mula masuk ke AF dulu, namun sukar untuk saya terus berdiet kerana hidangan semua enak-enak belaka. Namun, saya akan menurunkan berat badan sekiranya saya diminta berbuat demikian," kata Rahila.
#Lihat pula : Biodata 36 Peserta di Grup D'Academy Asia 3 Indosiar