Kak Lin - Amelina Amir Sharifuddin - Komentator DA Asia - Amelina atau nama sebenarnya Noraz lina Amir Sharifuddin, 40, adalah penyanyi dangdut terkenal. Penyanyi lagu Rindu itu bakal aktif semula dalam nyanyian selepas 15 tahun menghilang dipercayai kerana kontroversi perkahwinannya pada 1999. Amelina yang kini mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Reduan Mahamood, lenyap daripada industri hiburan ketika kerjayanya sedang di puncak susulan kontroversi beberapa isu peribadi. Sejak itu, Amelina terus menyepikan diri dan mengelak ditemui media. Bercerita mengenai kemunculan semula, Amelina berkata, isu di sebalik kehilangannya secara tiba-tiba ketika di puncak kerjaya pada 1999 adalah perkara yang terlalu peribadi untuk dikongsikan.
Penyanyi Amelina belum merancang untuk berkerjasama dengan mana-mana artis termasuk rakan penyanyi dangdut iaitu Mas Idayu sempena kemunculan semulanya dalam industri hiburan. Amelina berkata, buat masa ini dia hanya mahu menumpukan perhatian kepada single solo pertamanya bersama komposer Ajai. Amelina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan penyanyi Mas Idayu di sebuah akhbar harian dia akan berduet pada kemunculan semula ratu dangdut itu tidak lama lagi. Mas Idayu memberitahu sebuah akhbar harian bahawa akan muncul dengan Amelina pada kembunculan semula penyanyi itu tidak lama lagi.
Sementara itu, ditanya tentang hubungannya dengan penyanyi tersebut yang sebelum ini dikatakan kurang baik, Amelina berkata ia hanya tanggapan segelintir pihak. Jelas Amelina, dia dan Mas Idayu tidak pernah bergaduh, namun sering dilaga-lagakan oleh pihak tertentu yang kurang senang dengan mereka. Bagaimanapun, Amelina berkata, kemunculannnya kali ini bukan bertujuan untuk bersaing dengan mana-mana artis dalam industri seni. Dia juga hanya mahu memeriahkan dan mengembalikan muzik dangdut yang sudah hampir mati di negara ini.