Abang Long Fadzil Mantan Gangster Singapura

Biografi Profil Biodata Abang Long Fadzil Mantan Gangster SingapuraAbang Long Fadzil adalah mantan gangster Singapore yang telah bertaubat dan menerima hidayah dari Allah. Abang Long Fadzil adalah anak pertama dari tiga orang adik beradik. Beliau terjebak ke dalam kancah gangster disebabkan dari pengaruh keluarga beliau sendiri. Beliau masih ingat pesan arwah nenek beliau di mana sebagai anak lelaki sulung harus bertanggungjawab untuk keselamatan keluarganya.

Beliau sangat nakal sejak dari usia remaja. Beliau masuk penjara pertama kali pada umur 12 tahun kerana memukul anak yang dua tahun lebih tua darinya dengan kayu dalam satu perkelahian. Beliau tidak menyalahkan rekan sebaya atau pengaruh luar yang menyebabkan beliau terjebak dengan gangster. Tetapi beliau mengaku keluarga yang mengajar Fadzil menjadi jahat dengan berkawan dengan kaum Cina di Singapura.

Beliau mulai menggambar dibadannya sejak usianya 12 tahun. Gambar pertamanya adalah namanya sendiri, Fadzil. Lama kelamaan gambar beliau makin bertambah di seluruh badannya. Ketika itu beliau tidak perlu membayar untuk servis gambar berkenaan sebab rekan-rekan yang menggambar. Bagian paling sakit untuk dilukis adalah di bagian dahi dan leher karena sensitif.

Fadzil kemudian bercerita tentang kehidupan ketika zaman gangsternya yang selalu turut serta dalam perkelahian antara gangster di Singapura. Suatu ketika, beliau terpaksa berhadapan dengan 8 orang gangster dalam satu masa dan beliau luka parah. Doktor ketika itu berkata kepada Fadzil yang kalau beliau lambat 5 menit saja ke rumah sakit, beliau pasti akan mati karena luka itu.

Penghijrahan beliau bermula sedikit demi sedikit. Beliau mula meninggalkan makanan haram. Titik permulaan yang betul-betul buat Abang Long Fadzil mau berhijrah adalah melalui mimpi. Selepas bangun dari mimpi itu, Fadzil tidak keluar rumah selama sebulan kerana takut mati. Sebulan selepas mimpi itu, ada rekan yang datang menemui Fadzil dan mengajaknya pergi ke masjid.

Permulaannya beliau keluar 3 hari untuk kembali mengenal Allah tetapi tepat hari ke-40, baru beliau yakin kembali kepada Allah. Fadzil bercerita perjalanan untuk berubah itu sangat susah baginya. Beliau sangat bersyukur kepada Allah karena memberi peluang kedua untuk beliau bertaubat. Beliau sangat terharu karena Allah tetap memberi beliau peluang kedua untuk beliau kembali ke pangkal jalan.

Dengan imege baru Abang Long Fadzil sekarang, polisi sudah jarang menahan beliau. Beliau bersyukur karena pada usia 29 tahun, beliau sudah kenal mana kawan dan mana lawan. Bercerita tentang perasaan mendapat hidayah dari Allah, Fadzil berkata kemanisan tu tak dapat digambarkan. Beliau berpesan kepada semua supaya jangan cepat judge orang lain.